Mar 19, 2011

HEHHHHHH?? So da ne?

*sorry la update pasal benda entahapeape hehe.. Mood aku lain la harini. Jiwang karat sikit.

Walaubagaimanapun, makluman dari kenalan..mangsa2 tsunami & earthquake di bahagian North Japan, sekarang memang dalam keadaan yang menyedihkan. Mereka tak cukup selimut untuk membaluti tubuh yang sedang menahan kesejukan. Since I have experienced the same thing memang sangat memeritkan. Bekalan makanan terhad. Petrol pun susah nak dapat, mengakibatkan pergerakan terganggu. Gegaran susulan masih ade setiap hari. Macam kawasan kami jugak memang ade setiap hari, tapi tak kuat macam hari kejadian 11March. So far, keluarga saya okay Alhamdulillah :)

Mungkin ada badan-badan kebajikan di Malaysia yang meminta anda menghulurkan bantuan buat mangsa-mangsa di sini. Harap anda dapat memberi sedikit bantuan. Sebenarnya, bantuan DOA pun sangat diperlukan. Hanya Allah yang dapat mengurangkan/ memberhentikan azab di-sini.

Tapi setahu saya…orang Jepun, memang benci/tak suka akan meminta. Mereka tak pernah amalkan dan sangat tak biasa dengan meminta terutama duit. Kadang2 kita berniat ikhlas nak bagi duit sebab diorang dah tolong kan?, sebaliknya, mereka marah kalau kita hulur duit. Macam tula orang Jepun. Mungkin diorang rasa rendah bila diperlakukan sebegitu. Tapi, keadaan sekarang dah memaksa mereka untuk meminta bantuan dari negara2 luar sebab tak terpikul.



Naoto Kan, Perdana Menteri Jepun, berkata, “It’s a big test for us”. I know that has a deep, strong meaning. Ape2 pun, stay strong Japan. I really love you.

thanks for the memories.

That was incredibly idiot dream. Why were you there in my dream last night?
And……
Why did you come?
But, why did you have to go?
_________________________________________________________


Setiap hari “mesej” dengan awak tu dah menjadi rutin. Termasuk dalam “basic needs” kita. Saya rasa lah. Tak tau la kalau awak rasa ke tak. Kalau takde kredit, saya terpaksa belanja adik saya tu seringgit buat upah beli topup semata-mata nak balas mesej awak. Kalau tengah pokai sangat, saya curi je 5ringgit dari nombor ayah. Takut kalau tak balas nanti, awak kata saya sombong dan saya takut jugak kalau-kalau nanti awak main mesej dengan perempuan lain. Hehehe :P


Kadang-kadang, saya penat sangat sebab aktiviti kat sekolah sampai maghrib baru balik, tapi sebab nak layan mesej awak yang tengah boring cuti sem, saya bersengkang mata nak balas mesej-mesej awak yang selalunya tu memang menyakitkan hati. Ayat memang tak macam dengan perempuan langsung, macam dengan member lelaki awak je. My pleasure la nak mesej dengan awak. Tapi saya tak kisah la sebab tu cara awak, dan bagi saya awak tetap sweet macam tu pun.


Awak takde nak cover-cover romantic pun walaupun awak memang tak romantic langsung! Saya pernah bagitau awak kan? Awak kasar. Saya boleh congak dengan jari berapa kali awak sebut perkataan sayang dekat saya. Memang kita tak pernah declare ape-ape pun, tapi saya dah rasa kita ni macam ade ape-ape walaupun takde ape-ape.Heeeee :P Awak cerita pasal awek kat kolej awak, saya cerita pasal pakwe kat sekolah saya. Rasa dihargai sangat sebab awak share macam-macam dengan saya, sampai buat saya jeles la tapi takpe…demi awak.


Paling seronok bila ade satu masa/musim tu, kita asyik buat super savers je. Habis duit belanja sekolah saya. Awak kata takpe nanti tak boleh dah. Saya anggap ape yang awal cakap tu tak betul sebab saya ingat hubungan persahabatan kita ni akan kekal je macam biase. Dan saat-saat akhir tu jugak saya rasa macam nak berhubung je dengan awak. Tapi saya tak nak mula. Saya nak tengok awak memang betul-betul sayang saya ke tak. Awak selalu sibuk dengan kawan & futsal awak! Pernah saya tunggu sampai pukul 2.30, akhirnya awak call jugak saya. Saya dah tidur, tapi saya angkat jugak call awak. Kalau orang lain, saya tekan je button off terus. Kalau boleh saya nak cakap dengan awak sampai phone saya meletup. Saya taknak lepas awak.


Saya nak pergi jauh. Kalau awak ingat, kita ade janji yang selama saya berjauhan dengan awak, awak tak boleh ade girlfriend & saya pun tak boleh ade boyfriend. Saya percaya kat awak. Awak ade janji yang kita boleh selalu contact dekat ym. Awak ingat tak?


Dah genap setahun saya tunggu awak kat ym, pernah dua-tiga kali saya nampak awak online, tapi awak tak tegur saya pun. Saya bersyukur jugak sebab ade myspace dengan facebook, at least saya boleh jugak tengok ape perkembangan awak. Senyap-senyap dari jauh. Saya terfikir jugak, kalau saya tak add facebook awak, myspace awak, macam mane kita nak contact? Macam mane saya nak tahu awak sihat ke tidak? Macam mana saya nak tahu awak dah ade awek ke belum? Macam mane nak tahu awak okay ke tak? Awak ingat saya lagi ke tak? Kalau nak harap ym, memang satu berita pun takde.


Tapi, tiba-tiba je sikit-sikit awak berubah. Saya boleh nampak. Saya online, awak online, awak buat tak tahu je. Takkan saya nak mula dulu. Bukan sebab ego, tapi saya rasa saya dah banyak korbankan keegoan saya semata-mata nak jaga persahabatan kita. Saya taktau kenapa, tapi saya sentiasa berfikiran positif, kalau nak marah/tanye awak kenapa pun, saya takde hak. Sebab kita kan kawan biasa je.


Tapi macam mana entah awak tahu feeling saya kat awak? Baca blog saya kan? Awak cakap sorry. Saya tanya kenapa. Awak kata for everything. Saya kata okay. Saya tak tanye pun list of those everything that u meant.


Tapi sekarang saya dah sedar everything tu ape, dan kenapa awak dah berubah. Saya dah tahu sangat-sangat dua sebab tu. Awak mesti lebih tahu kan ?. Ape-ape pun semoga awak berjaya dengan azam awak untuk tahun ni. Happy Birthday in advanced. Saya cuba untuk berhenti kerja sambilan saya selama ini iaitu melawat profile facebook awak. Kononnya dulu “I derive happiness by visiting your wall” kalau awak nak tahu, status tu, awak la yang saya maksudkan.



Yang itu dulu. Melawat profile awak pun, bukan dapat sembuhkan ape2 kan? Profile awak bukannya doktor kan?. Sedih jugak saya. Haha. Saya rindu dekat awak. Awak boleh bayangkan tak kalau keperluan harian awak hilang? Contohnya makanan takde? Air takde? Macam tu lah yang saya rasa sekarang ni.


 Tapi, takpe. Saye tak kisah as long as you are happy. Work hard for your goals okay! I’ll pray for you. Sorry sebab saya dah takkan call awak macam dulu lagi, saya dah takde nombor awak. Memang saya sengaja buang, sebab saya takut nafsu saya nak dengar suara awak datang, akibatnya, luka saya nanti semakin parah. Saya tak nak hati saya untuk mula membenci awak sebab saya taknak!, saya taknak sebab saya……hmmmmmmm…..baik hati?? Ermm… Sekarang saya dah stabil, jadi awak tak usah la risau sebab saya takkan mati tanpa awak…masih ade orang yang sayang saya dan hargai saya.

Walaupun kawan2suruh saya lupakan awak,
Saya tetap akan ingat awak sampai bila bila.

Walaupun saya dah tak dapat mesej awak macam dulu lagi,
Saya akan tetap simpan mesej-mesej awak dekat inbox saya.

Walaupun saya dah tak boleh dengar suara awak macam dulu lagi,
Saya bukak je Jason Mraz I’m yours, saya akan ingat macam mana suara awak nyanyi on call dgn saya dulu.

Walaupun saya tak dapat share ape-ape dah dengan awak macam dulu lagi,
Saya akan ingat cerita awek kat sekolah awak, dengan kat kolej,  yang awak cerita kat saya dulu. Eh, awak dah dapat ke tackle die?

Walaupun awak tak tegur kalau nampak saya online kat facebook pun,
Saya akan tetap ingat saat2 awak rajin tegur saya dengan perkataan “HOI”.

Walaupun saya takde dalam life awak dah,
Awak tetap akan ade dalam kotak memori saya.

Thanks for the memories.

p/s: Entry saya yang dulu-dulu, lain la. Kan ? Think about it, how much hope i put. Anyway, Thanks again for the memories.

Saya masih okay selagi mampu tersenyum 



Watching someone you love, loves someone else....is......painful.

Mar 17, 2011

Dari WALL FACEBOOK

Saja mengisi masa lapang (:

Wall saya dah bersih petang ni, kononnya nak mula hidup baru??? Eh, ape salahnye kan kita kena usaha untuk sesuatu benda. Betul?? Bukan ape, ade banyak yang rasa macam tak diperlukan. Ade jugak kadang-kadang pekataan/bahasa tu kurang enak. Isk Isk Isk...

Sebenanrnya bukanla bersih pun, saja nak buang mana=mana yang tak patut. Yang dah lama. Hehe. Serabut je tengok.....

These videos credit to Muhammad Izzat, thanks abang! Somehow helped! Sejuk hati bila tengok video ni balik...

and one more called;

"A letter from Mom and Dad"

it is truly sad...................................

 

*tengah-hari tadi ade lagi gegaran. Mungkin kecil dari semalam saya kira :P 

thanks for those who kept on praying for us. May Allah bless us :) 

Mar 16, 2011

my bad :(

I wasn’t able to speak, knowing that it was my entire fault. My bad. I hate the fact that I’m not being matured in anything that I’m facing. I’m so disappointed with myself. Tambah lagi, bila ditegur oleh seseorang yang saya respect. Such a shame.. Ya Allah. Berat sungguh ujian-Mu ini.

Firstly, the fact that it was all misunderstood. You messed it up. What I meant was totally different. Ape2 pun, benda dah jadi kan. Then, I should have known how to deal with that problem. I’m so stupid. I’m not matured. Not matured in the way how ‘I think’, ‘I respond’, ‘I write’, ‘I behave’.

Secondly, the fact that saya ditegur oleh seseorang yang bernama lelaki. Perasaan malu membuak-buak terhadap diri sendiri. Ya Allah malunya bila diri ditegur seorang lelaki yang kita hormat. Such a shame. Malu, malu, malu, malu.

I wanted to be a good girl/woman like Ainul Mardhiah, Sumayyah, Rabiatul Adawiyyah, Siti Khadijah, lembut tutur kata, manis bicara, rela korban demi agama, anggun…. Ya Allah… If that even impossible, I just wanted to be able to change in how I behave and how I throw all my words. I’m such a bad Muslimah. Ya Allah tunjukkan aku jalan untuk berubah.

Walaupun sedang dilanda ombak malu dan kesal..tak lupa juga buat keadaan di Jepun ini. Ya Allah, saya percaya banyak hikmah disebalik semua yang berlaku. I’m able to see the resilience Japanese.



Dalam keadaan sesak, critical and tough, mereka tetap dengan budaya mereka yang sentiasa sabar, hormat, dan bertimbang rasa. 
Bukankah Islam mengajar kita untuk bersikap tenang?
Bukankah Islam mengajar kita untuk berkongsi sesama manusia?
Bukankah Islam mengajar kita untuk menghormati orang tak kira tua atau muda?
Ya Allah, inikah yang ingin engkau sampaikan? Kalau benar, aku malu. Malu dengan diri sendiri yang tak mempunyai pekerti semurni mereka yang kufur. Sayangnya mereka bukan Islam. Fikirkan, dalam keadaan getir sebegini, tandas awam di tempat teduhan mereka, kekal bersih. Cuba Kita bezakan dengan kebanyakan tandas di Malaysia? Bukankah Islam mengajar kita memelihara kebersihan?  Banyak tuntutan agama kita (ISLAM) yang ada pada mereka. Benar kata ayah. I agree 100%.

JAPAN is AWESOME!
 JAPANESE, YOU GUYS ARE JUST WONDERFUL!
 ALLAH, the almighty, give them the right path towards you.

In a consequence, we the Malaysians, the Muslims, should feel proud and grateful for having the chance to see "it" before getting through it.

*last night at about 10.45 and this morning, we felt the quake. As we heard, the aftershocks could last a year! So, the only thing we could do is pray. Ya Allah.
Allah As-Shomad [Surah Al-Ikhlas: 2]

Saidina Ibn Abbas r.a. menafsirkan kalimah As-Shomad sebagai As-Sayyid (tuan) di mana semuanya akan mencarinya ketika memerlukan. Maka, Allah s.w.t. sebagai tujuan pencarian segala yang memerlukan merupakan suatu pintu yang menghubungkan pintu utama kehambaan iaitu "rasa memerlukan" kepada Allah s.w.t.. Dari sifat As-Shomad inilah seseorang mula berinteraksi dengan Allah s.w.t. lalu menyaksikan makna ketuhanan dan kewujudan Allah s.w.t. dalam kehidupan.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Dialah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur. [Surah Yunus: 23]

Siapapun manusia itu, apabila sudah berada dalam kemuncak kelemahan, maka hatinya akan terus mengakui kelemahan diri seraya mencari Tuhan Maha Benar lagi Maha Pencipta. Bahkan, apa sahaja sembahan mereka sekalipun, doa mereka sebenarnya tidak pernah diterima oleh tuhan-tuhan selain Allah s.w.t. yang disembahi oleh orang-orang musyrikin dan kafir.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Kalau kamu memohon kepada mereka (yang kamu sembah selain Allah): mereka tidak mendengar permohonan kamu dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memberikan apa yang kamu pohonkan itu dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu dan (ingatlah) tidak ada yang dapat memberi tahu kepadamu (wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha Mendalam PengetahuanNya. [Surah Fathir: 14]

Maka, hendaklah dengan rasa memerlukan itu, seseorang mencari Tuhan yang sebenar iaitulah Allah s.w.t., kerana hanya Dia sahaja Tuhan yang mentadbir alam ini lagi Maha Berkuasa dalam membantu setiap manusia. Manusia tidak boleh lalai daripada hakikat ini lalu mengkufuri nikmat Allah s.w.t. yang sentiasa memberi nikmat kepada mereka. Ramai manusia yang mana ketika menghadapi musibah maka mereka mencari Allah s.w.t., namun setelah dibantu oleh Allah s.w.t. dalam menyelesaikan musibah tersebut, mereka kembali lalai daripada mentaati Allah s.w.t..

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah dia kepada Kami Kami (dalam segala keadaan), samada dia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, dia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana dia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan [Surah Yunus: 12]

Ya Allah, .. Berilah aku kekuatan iman yang berterusan. Amin

Mar 15, 2011

STAY STRONG JAPAN, I LOVE YOU

Its not funny anymore. Throw away all your jokes. Stop making your self stupid MALAYSIANS!!

We just had another quake/ aftershocks at 6.0 magnitude. I can't go to sleep.
Ya Allah, lindungi kami.
 
Aku 100% agree;


Assalamulaikum abg.nara,  Saya seorang pelajar di jepun yang kini sedang dalam keadaan berjaga-jaga atas segala macam kemungkinan buat mase sekarang. pertamanya, terima kasih yang tidak terhingga kepada abg.nara kerana membaca email ini. tujuan saye bagi abg.nara email ni adalah untuk abang nara dapat bantu sebarkan kepada umum akan hal ini. kerana saya tahu betapa berpengaruhnya beautifulnara ini ^ ^
 Berkenaan kejadian di jepun, abg.nara banyak laporkan pada umum dan kami di sini ucapkan terima kasih sangat3. antara kronologi yang berlaku, gegaran sekuat magnitud 9.0 pada petang jumaat lalu di kawasan timur jepun, dengan tsunami setinggi 10meter, diikuti gegaran sekuat magnitud 6.6 berpusat di utara nagano pada awal pagi sabtu lalu.
 Selepas itu diikuti dengan letupan reaktor pertama di nuclear power plant pertama di fukushima pada hari sabtu (jepun ade 2 nuclear power plant, di mane setiap power plant ade 6 unit reaktor) dan pada hari ini, baru sahaja tadi jam 11 jepun, reaktor ketiga pada nuclear power plant yang sama telah meletup. di kedua-dua letupan, radioaktif tersebar ke udara dan ianya merisaukan semua orang di sini walaupun kadar radioaktif yang tersebar tidak membunuh. sehingga kini, dalam 160 orang dianggarkan telah terkena kesan radioaktif tersebut. 
 Berkenaan gegaran, di kawasan timur jepun, gegaran yang agak kuat dan menakutkan beberapa kali terasa sehingga hari ini sejak jumaat lalu, dan di kawasan berhampiran, gegaran kecil masih berlaku sehingga saat ini. buat masa ini, ada pelajar di kawasan timur jepun yang masih berlindung di tempat perlindungan bagi tujuan keselamatan.
 Dengan ancaman gempa bumi, tsunami, letupan nuklear, dan terbaru ancaman gunung berapi di kawasan selatan jepun, kami sangat berharap agar rakyat malaysia sama-sama mendoakan keselamatan kami di sini.
 Di sebalik kerisauan yang kami rasakan, terselit rasa kecewa dalam diri kami terhadap sebahagian mereka di malaysia. seperti yang abg.nara laporkan, berita harian membuat lawak bangsat terhadap ape yang berlaku di sini, begitu juga fizz fairuz yang perangai hampeh gile dengan mempermainkan kejadian ini.
Mane pergi sensitiviti dan nilai kemanusiaan mereka? mereka tak tahukah betapa sedih kami di sini melihat saudara jepun kehilangan ahli keluarga, kehilangan rumah dan kenderaan, kehilangan kampung, kehilangan segalanya. cari mak tak jumpa, cari ayah, cari ahli keluarga.. tiada. dan mereka terpaksa menelan ketentuan bahawa ahli keluarga mereka telah dihanyutkan tsunami. tangisan yang tak berkesudahan :,(
 Dan mereka yang bangsat ini boleh buat main lagi keadaan ini? kalau mereka gunekan alasan bahawa nak menunjukkan bahawa ultraman ape semua tiada kuasa, yang berkuasa hanya Allah, dakwah cara ape yang kau gunakan?? dakwah perlu beradab, bukan biadap macam kalian. nak bercakap tentang Islam konon.. saya boleh katakan saya jamin bahawa orang jepun yang tidak beragama ini, lebih banyak nilai Islam dari kebanyakan orang islam malaysia sendiri.
 Lagi satu, mereka ini (berita harian & fizz fairuz) mungkin tiada ahli keluarga yang berada di jepun samada yang belajar atau bekerja. mereka takkan tahu betapa risau, betapa gusarnya perasaan ahli keluarga kami di malaysia. sewenang-wenang membuat lawak bodoh macam haram.. agak-agakla wei.. ade batas kot dalam apa jua yang kita lakukan.
Kami jugak kecewa dengan perangai sebahagian rakyat malaysia. ape yang ditulis ustaz hasrizal ini perlu sangat3 dijadikan titik tolak untuk rakyat malaysia berfikir, muhasabah diri, dan ubah mentaliti.. tolonglah.. baca, faham, dan bertindak untuk berubah. mentaliti rakyat malaysia telah sangat rosak. (saye tidak cakap semua, saya maksudkan sebahagian yang terlibat).
Lihatlah,. pemimpin malaysia asyik sibuk dengan kerisauan ekonomi bila jepun kena camni. mane pergi nilai kasih sayang sesama manusia?? orang jepun bukannya kafir harbi yang perlu diperangi. mane pergi sensitiviti kalian? kamonla, peka sikit wahai pemimpin sekalian. padanlah malaysia kita kini, pemimpin kencing berdiri, rakyat kencing berlari pun sikit kau tak ambil peduli…
 Saya mohon, rakyat malaysia sekalian, sedarlah. di sebalik apa yang berlaku ini, terlalu banyak yang Allah nak ajar kita semua. beringatlah, masa yang dijanjikanNya telah semakin dekat. hiburan melampau yang disajikan di negara kita telah banyak merosakkan mentaliti masyarakat kita. telah tiba masenya kita semua sedar.. sebelum berlaku pada negara kita kejadian sebegini, berubahlah. beringatlah.. peliharalah diri, peliharalah ahli keluarga kalian daripada menjadi bahan bakar api neraka (66:6).
 Maaf kerana email ini panjang abg.nara. saya rase saye perlu katekan perkara ini atas rase keprihatinan saye kepada semua warga malaysia yang saya kasihi.
 Terima kasih selagi lagi abg.nara sebab bace email saye ini.
 * saye tidak minta email ini disiarkan, saye biarkan ianya pada penilaian abg.nara utk siarkan atau tidak. saye tahu abg.nara seorang yang sangat sensitif dan peka dengan hal-hal sebegini. jika disiarkan, saye tidak minta sebarang kredit. ini adelah sekadar untuk membuka minda umum.

For that reason, i felt offended by the Malaysian. Is this how we call Islam? I don't wanna get involved with Malaysian News anymore! It hurts. The concerts and stuffs?? What is the point?

*Ade kenalan Malaysia yang tinggal berhampiran tempat kejadian bersikap perihatin kerana telah menyertai pasukan sekarelawan di sini walaupun telah diberi offer dari ayah untuk tinggal dirumah kami. Harap abang Azizul selamat dan dilindungi Allah selalu. InsyaALLAH.

Mar 14, 2011

Entry aku semua related dgn Earthquake! Biar sampai korang termuntah :)

Alhamdulillah pagi ni, kami semua masih bernafas. Dalam pukul 5 tadi, teruk juga gegarannya. Yang pelik, aku tak bangun pulak dari katil! HIKHIK. Cuak memang la, tapi entahla! Tidur sangat berharga! *aku kan lembap, so jgn diikut*

For the first time, aku bukak email dulu rather than FB. Agak ganjil disitu! Tapi Alhamdulillah persoalan semua dah terjawab.

Yahoo! Mail

Your work during break

Monday, March 14, 2011 7:16 AM
From:
To:
"Lois Warner"
Girls,

As you all know, school is closed until after the break.  When we get back, we will decide, with Ms. Rogers' class, what to do about your argumentative speeches...we will definitely do them, but we have to decide the details.  It would be helpful if you could be ready to go the first day back since you have a whole extra week.  Also read "The Braid" (if you haven't already) and, if you can get your hands on a copy, start "The Joy Luck Club".  Doing so will make your work easier later.

I will be out of town, but I will be available by e-mail.  If I don't answer you for a couple of days, use Facebook as a back up...I've been having trouble with the e-mail on my PC.

I hope you all are well and safe.

Take care,

Dr. Warner
 
Yahoo! Mail

Re:

Monday, March 14, 2011 11:10 AM
From:
To:
"Eyra Jamuli"
Pass the word:
All ESL Speeches are cancelled. I will use all the Personal Work you've done this quarter to come up with your grade and if it's unbalanced you will have a chance to do some work ONLY if you'd like to.

Stay safe,
Ms. Porter


So that how it goes! Alhamdulillah. Eh, dekat FB aku dah announce; Sekolah cuti! Buka semula on the 28th March! :)


Mar 13, 2011

Kalau aku jual pengalaman aku Jumaat (gempa bumi) haritu, mesti dah kaya.

Ramai yang nak tahu. Ira/Mus what happened? Where were you at that time? What did you do? How did you get home? Is your family okay? Was it really scary?
OHHHH YEAHHH! I'M GLAD THAT THE SKY DIDN'T FALL! I THOUGHT IT WAS THE END OF EVERYTHING!

Aku tahu, korang risau, curiosity tu melampaui semua kan? I GOT IT. Tapi honestly walaupun dah penat, aku cerita jugak kat sesiapa yang masih bertanya. Tak percaya? Try tanye tengok. Aku bukan kedekut, nak simpan pengalaman mahal ni sendiri je. Kalau boleh nak share kat semua. Ehh, kejap! Takdela mahal sangat kan, tapi nak compare dengan korang kat Malaysia tu, of course la mahal. Nak compare dengan mangsa Tsunami, Earthquake kat Sendai, 1Yen agaknya.

Apparently, aku takde feeling lagi nak buat clear copy untuk "kejadian 11March" punya entry. Still busy with stuffs+facebook. Ramai lak temu-ramah. Tula aku kata, kalau buat bisnes dah KAYA! :) Yang paling tak tahannnye, kitorang(kelas aku) dapat email dari cikgu English. Kesimpulannya, we still need to get stuffs done. WTH? Hari ni kitorang dapat cuti. Of course! Takde sape rase nak buat homework dalam keadaan macam ni. Semua stick with facebook and news. At the same time, sebagai orang Islam. Doa, Sembahyang, Quraan! Kawan-kawan aku, tengah try convince our English teacher utk postpone speeches lepas Spring Break which is next week. Science test, cikgu dah postpone. CANTIK :P History, tak dapat ape2 berita lagi. But still diorang kata kene get work done sebab teachers might tell us to hand it in by email. Payah pulak dah teknologi zaman sekarang ni! Aduhhh!

Aku akan BUSSSYYYYY dua tiga hari. Sian ayah dan pakcik-pakcik kat embassy ni semua bertungkus lumus bertugas. Major Khidzri, my friend's Dad, dah sampai Sendai awal pagi tadi untuk jumpa students Malaysia yang terkandas kat sana bawak balik sini. My Dad said, they are still deciding where to put them. Mungkin  dekat apartment kami duduk ni, ade rumah kosong. So then makcik2 semu kena be prepared with makanan and tenaga yang mencukupi! Ada kemungkinan juga hantar balik Malaysia semua. Kemungkinan untuk kami? Tiada. bapak aku kata kita memang akan stay sini sampai things selesai. I was like Heyyyy? Kawan aku ramai jugak yang dah evacuate, balik States, balik Philippine. Keep Safe you guys!

In order nak cerita ape yang aku alami walaupun aku taknak, here are some that you can imagine/think of.

3.00?? ptg; Last period, ESL class. We could barely feel the quake.
4.15?? ptg; Went out of school, head to Yoga, my train station. With Marina & Jin Young.
7.30?? ptg; Decided to use other alternative to get home. Queuing for taxi and met married Irish couple. They pull me up to the front with them since they were quite a bit early.

11.15?? mlm; With their email in my hand, I hugged the woman(Shiela). Ifwat was the first person I hugged(you guys should laugh a lot there) when I reached home.
12.15?? mlm; Yal reached home after tired waiting for taxi and bus to rescue me. (haha). Im sorry YAL!

Please take note, I waited for the taxi for about 4 hours. The temp. was 4darjah. Can you imagine. I wasnt prepared for anything. Pakai baju biasa je. Seisen's and one other sweater. It doesn't really helped. I was frozen. Kalau ditakdirkan aku tunggu lagi 2 jam, memang aku tak hidup dah. Setakat tu, kaki dah kebas. pakai tights je. Sejuk. Tak boleh jalan. nasib ade Irish Couple tu. I can't forget when they said that they will wait for me till my brother pick me. They wont let me stay alone. Sebenanrnya the second time I call my dad nak cakap yang aku safe, tgh tggu teksi, ayah kata Yal dah gerak nak cari aku. Then I was like, okay?? Should I go with you or wait for my brother. Diorang kata decide je mana2, tapi kalau aku pilih untuk tunggu abang aku, diorang akan tunggu aku sampai abang aku datang. Ya Allah, lindungi lah mereka dari apa bencana sekarang ni. 

Sedar, aku banyak menyusahkan orang. Slow. Aku harap pengalaman ni dpt jadi pengajaran pd masa hdpn. Tapi, sebenanrnya ada je yang cikgu lepas balik sendiri tapi must be in group. Tak boleh sorang. Dan ade yg tidur sekolah. I just thought i wanna go home. Benda nak jadi kan? Tapi still, memang silap aku!

Current news, dijangkakakn akan ade gempa lagi. Nuclear explosion tu pun telah menyebabkan semua kedai berdekatan rumah aku kosong. Yesss, 0-0 nothing left. Semua beli siap2 incase ape2 berlaku. Ifwat already get a call from his teacher that there will be no school the whole week. Damn best kot. Im waiting for that call now. Ayah just called and told everyone to stay home. Still ade gegaran sikit2 tadi.

So thats it! Bye semua. Doakan kami sekluarga. Amin. Insya-Allah semua dipermudahkan.