Mar 19, 2011

thanks for the memories.

That was incredibly idiot dream. Why were you there in my dream last night?
And……
Why did you come?
But, why did you have to go?
_________________________________________________________


Setiap hari “mesej” dengan awak tu dah menjadi rutin. Termasuk dalam “basic needs” kita. Saya rasa lah. Tak tau la kalau awak rasa ke tak. Kalau takde kredit, saya terpaksa belanja adik saya tu seringgit buat upah beli topup semata-mata nak balas mesej awak. Kalau tengah pokai sangat, saya curi je 5ringgit dari nombor ayah. Takut kalau tak balas nanti, awak kata saya sombong dan saya takut jugak kalau-kalau nanti awak main mesej dengan perempuan lain. Hehehe :P


Kadang-kadang, saya penat sangat sebab aktiviti kat sekolah sampai maghrib baru balik, tapi sebab nak layan mesej awak yang tengah boring cuti sem, saya bersengkang mata nak balas mesej-mesej awak yang selalunya tu memang menyakitkan hati. Ayat memang tak macam dengan perempuan langsung, macam dengan member lelaki awak je. My pleasure la nak mesej dengan awak. Tapi saya tak kisah la sebab tu cara awak, dan bagi saya awak tetap sweet macam tu pun.


Awak takde nak cover-cover romantic pun walaupun awak memang tak romantic langsung! Saya pernah bagitau awak kan? Awak kasar. Saya boleh congak dengan jari berapa kali awak sebut perkataan sayang dekat saya. Memang kita tak pernah declare ape-ape pun, tapi saya dah rasa kita ni macam ade ape-ape walaupun takde ape-ape.Heeeee :P Awak cerita pasal awek kat kolej awak, saya cerita pasal pakwe kat sekolah saya. Rasa dihargai sangat sebab awak share macam-macam dengan saya, sampai buat saya jeles la tapi takpe…demi awak.


Paling seronok bila ade satu masa/musim tu, kita asyik buat super savers je. Habis duit belanja sekolah saya. Awak kata takpe nanti tak boleh dah. Saya anggap ape yang awal cakap tu tak betul sebab saya ingat hubungan persahabatan kita ni akan kekal je macam biase. Dan saat-saat akhir tu jugak saya rasa macam nak berhubung je dengan awak. Tapi saya tak nak mula. Saya nak tengok awak memang betul-betul sayang saya ke tak. Awak selalu sibuk dengan kawan & futsal awak! Pernah saya tunggu sampai pukul 2.30, akhirnya awak call jugak saya. Saya dah tidur, tapi saya angkat jugak call awak. Kalau orang lain, saya tekan je button off terus. Kalau boleh saya nak cakap dengan awak sampai phone saya meletup. Saya taknak lepas awak.


Saya nak pergi jauh. Kalau awak ingat, kita ade janji yang selama saya berjauhan dengan awak, awak tak boleh ade girlfriend & saya pun tak boleh ade boyfriend. Saya percaya kat awak. Awak ade janji yang kita boleh selalu contact dekat ym. Awak ingat tak?


Dah genap setahun saya tunggu awak kat ym, pernah dua-tiga kali saya nampak awak online, tapi awak tak tegur saya pun. Saya bersyukur jugak sebab ade myspace dengan facebook, at least saya boleh jugak tengok ape perkembangan awak. Senyap-senyap dari jauh. Saya terfikir jugak, kalau saya tak add facebook awak, myspace awak, macam mane kita nak contact? Macam mane saya nak tahu awak sihat ke tidak? Macam mana saya nak tahu awak dah ade awek ke belum? Macam mane nak tahu awak okay ke tak? Awak ingat saya lagi ke tak? Kalau nak harap ym, memang satu berita pun takde.


Tapi, tiba-tiba je sikit-sikit awak berubah. Saya boleh nampak. Saya online, awak online, awak buat tak tahu je. Takkan saya nak mula dulu. Bukan sebab ego, tapi saya rasa saya dah banyak korbankan keegoan saya semata-mata nak jaga persahabatan kita. Saya taktau kenapa, tapi saya sentiasa berfikiran positif, kalau nak marah/tanye awak kenapa pun, saya takde hak. Sebab kita kan kawan biasa je.


Tapi macam mana entah awak tahu feeling saya kat awak? Baca blog saya kan? Awak cakap sorry. Saya tanya kenapa. Awak kata for everything. Saya kata okay. Saya tak tanye pun list of those everything that u meant.


Tapi sekarang saya dah sedar everything tu ape, dan kenapa awak dah berubah. Saya dah tahu sangat-sangat dua sebab tu. Awak mesti lebih tahu kan ?. Ape-ape pun semoga awak berjaya dengan azam awak untuk tahun ni. Happy Birthday in advanced. Saya cuba untuk berhenti kerja sambilan saya selama ini iaitu melawat profile facebook awak. Kononnya dulu “I derive happiness by visiting your wall” kalau awak nak tahu, status tu, awak la yang saya maksudkan.



Yang itu dulu. Melawat profile awak pun, bukan dapat sembuhkan ape2 kan? Profile awak bukannya doktor kan?. Sedih jugak saya. Haha. Saya rindu dekat awak. Awak boleh bayangkan tak kalau keperluan harian awak hilang? Contohnya makanan takde? Air takde? Macam tu lah yang saya rasa sekarang ni.


 Tapi, takpe. Saye tak kisah as long as you are happy. Work hard for your goals okay! I’ll pray for you. Sorry sebab saya dah takkan call awak macam dulu lagi, saya dah takde nombor awak. Memang saya sengaja buang, sebab saya takut nafsu saya nak dengar suara awak datang, akibatnya, luka saya nanti semakin parah. Saya tak nak hati saya untuk mula membenci awak sebab saya taknak!, saya taknak sebab saya……hmmmmmmm…..baik hati?? Ermm… Sekarang saya dah stabil, jadi awak tak usah la risau sebab saya takkan mati tanpa awak…masih ade orang yang sayang saya dan hargai saya.

Walaupun kawan2suruh saya lupakan awak,
Saya tetap akan ingat awak sampai bila bila.

Walaupun saya dah tak dapat mesej awak macam dulu lagi,
Saya akan tetap simpan mesej-mesej awak dekat inbox saya.

Walaupun saya dah tak boleh dengar suara awak macam dulu lagi,
Saya bukak je Jason Mraz I’m yours, saya akan ingat macam mana suara awak nyanyi on call dgn saya dulu.

Walaupun saya tak dapat share ape-ape dah dengan awak macam dulu lagi,
Saya akan ingat cerita awek kat sekolah awak, dengan kat kolej,  yang awak cerita kat saya dulu. Eh, awak dah dapat ke tackle die?

Walaupun awak tak tegur kalau nampak saya online kat facebook pun,
Saya akan tetap ingat saat2 awak rajin tegur saya dengan perkataan “HOI”.

Walaupun saya takde dalam life awak dah,
Awak tetap akan ade dalam kotak memori saya.

Thanks for the memories.

p/s: Entry saya yang dulu-dulu, lain la. Kan ? Think about it, how much hope i put. Anyway, Thanks again for the memories.

Saya masih okay selagi mampu tersenyum 



Watching someone you love, loves someone else....is......painful.

4 comments:

fiezaza said...

tersentuh pulak bace kisah ni~ sampai tetibe terfeeling lebih, air mate pun boleh menitis..
:'(

iera, take care ye kat sane, kami disini doakan iera and famili selamat.. sampaikan salam sayang kami disini~

Anonymous said...

suke suke!

best best!

Anonymous said...

ow! such a sweet memories. Huhu, tetibe teringat kisah lama aku. huwaaaaHAHA.. T.T

be strong dear, I know how its feel.. :'(

Zima said...

sweet sesangat , ira =) sdey pun ade .. tersentuh la pulak ..