Mar 16, 2011

my bad :(

I wasn’t able to speak, knowing that it was my entire fault. My bad. I hate the fact that I’m not being matured in anything that I’m facing. I’m so disappointed with myself. Tambah lagi, bila ditegur oleh seseorang yang saya respect. Such a shame.. Ya Allah. Berat sungguh ujian-Mu ini.

Firstly, the fact that it was all misunderstood. You messed it up. What I meant was totally different. Ape2 pun, benda dah jadi kan. Then, I should have known how to deal with that problem. I’m so stupid. I’m not matured. Not matured in the way how ‘I think’, ‘I respond’, ‘I write’, ‘I behave’.

Secondly, the fact that saya ditegur oleh seseorang yang bernama lelaki. Perasaan malu membuak-buak terhadap diri sendiri. Ya Allah malunya bila diri ditegur seorang lelaki yang kita hormat. Such a shame. Malu, malu, malu, malu.

I wanted to be a good girl/woman like Ainul Mardhiah, Sumayyah, Rabiatul Adawiyyah, Siti Khadijah, lembut tutur kata, manis bicara, rela korban demi agama, anggun…. Ya Allah… If that even impossible, I just wanted to be able to change in how I behave and how I throw all my words. I’m such a bad Muslimah. Ya Allah tunjukkan aku jalan untuk berubah.

Walaupun sedang dilanda ombak malu dan kesal..tak lupa juga buat keadaan di Jepun ini. Ya Allah, saya percaya banyak hikmah disebalik semua yang berlaku. I’m able to see the resilience Japanese.



Dalam keadaan sesak, critical and tough, mereka tetap dengan budaya mereka yang sentiasa sabar, hormat, dan bertimbang rasa. 
Bukankah Islam mengajar kita untuk bersikap tenang?
Bukankah Islam mengajar kita untuk berkongsi sesama manusia?
Bukankah Islam mengajar kita untuk menghormati orang tak kira tua atau muda?
Ya Allah, inikah yang ingin engkau sampaikan? Kalau benar, aku malu. Malu dengan diri sendiri yang tak mempunyai pekerti semurni mereka yang kufur. Sayangnya mereka bukan Islam. Fikirkan, dalam keadaan getir sebegini, tandas awam di tempat teduhan mereka, kekal bersih. Cuba Kita bezakan dengan kebanyakan tandas di Malaysia? Bukankah Islam mengajar kita memelihara kebersihan?  Banyak tuntutan agama kita (ISLAM) yang ada pada mereka. Benar kata ayah. I agree 100%.

JAPAN is AWESOME!
 JAPANESE, YOU GUYS ARE JUST WONDERFUL!
 ALLAH, the almighty, give them the right path towards you.

In a consequence, we the Malaysians, the Muslims, should feel proud and grateful for having the chance to see "it" before getting through it.

*last night at about 10.45 and this morning, we felt the quake. As we heard, the aftershocks could last a year! So, the only thing we could do is pray. Ya Allah.
Allah As-Shomad [Surah Al-Ikhlas: 2]

Saidina Ibn Abbas r.a. menafsirkan kalimah As-Shomad sebagai As-Sayyid (tuan) di mana semuanya akan mencarinya ketika memerlukan. Maka, Allah s.w.t. sebagai tujuan pencarian segala yang memerlukan merupakan suatu pintu yang menghubungkan pintu utama kehambaan iaitu "rasa memerlukan" kepada Allah s.w.t.. Dari sifat As-Shomad inilah seseorang mula berinteraksi dengan Allah s.w.t. lalu menyaksikan makna ketuhanan dan kewujudan Allah s.w.t. dalam kehidupan.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Dialah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur. [Surah Yunus: 23]

Siapapun manusia itu, apabila sudah berada dalam kemuncak kelemahan, maka hatinya akan terus mengakui kelemahan diri seraya mencari Tuhan Maha Benar lagi Maha Pencipta. Bahkan, apa sahaja sembahan mereka sekalipun, doa mereka sebenarnya tidak pernah diterima oleh tuhan-tuhan selain Allah s.w.t. yang disembahi oleh orang-orang musyrikin dan kafir.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Kalau kamu memohon kepada mereka (yang kamu sembah selain Allah): mereka tidak mendengar permohonan kamu dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memberikan apa yang kamu pohonkan itu dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu dan (ingatlah) tidak ada yang dapat memberi tahu kepadamu (wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha Mendalam PengetahuanNya. [Surah Fathir: 14]

Maka, hendaklah dengan rasa memerlukan itu, seseorang mencari Tuhan yang sebenar iaitulah Allah s.w.t., kerana hanya Dia sahaja Tuhan yang mentadbir alam ini lagi Maha Berkuasa dalam membantu setiap manusia. Manusia tidak boleh lalai daripada hakikat ini lalu mengkufuri nikmat Allah s.w.t. yang sentiasa memberi nikmat kepada mereka. Ramai manusia yang mana ketika menghadapi musibah maka mereka mencari Allah s.w.t., namun setelah dibantu oleh Allah s.w.t. dalam menyelesaikan musibah tersebut, mereka kembali lalai daripada mentaati Allah s.w.t..

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah dia kepada Kami Kami (dalam segala keadaan), samada dia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, dia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana dia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan [Surah Yunus: 12]

Ya Allah, .. Berilah aku kekuatan iman yang berterusan. Amin

2 comments:

cikbibcome said...

awat menghina diri sendiri teruk sangat tuh? itu kan doa? doakanlah yang terbaik untuk diri sendiri. Jika buat salah, maafkanlah diri sendiri, kita kan manusia, chill...jangan stress...lebih banyak yang awak buat di dunia ini, the more mistake you do...orang yang tidak berbuat silap, tidak berbuat apa-apa, they gain no experience...relax, jika buat silap, try to look from at it humorously..gelak-gelak je..

Anonymous said...

i don't know why.. sy menangis baca post awk yg nieh.