Jan 7, 2011

Who cares

Cehh tiga hari tak post, rase macam seminggu dah sekolah. Penat sangat. Otak dah lame SHUT DOWN tibe-tibe kene ON balik, SPEED pulak. Perghh. Tapi perfect, Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Nak cerita ape ye?

Perjalanan pergi sekolah:
Hari pertama (Rabu) masuk sekolah tu, jumpa la balik makcik2 pakcik2 yang memang aku selalu jumpa dekat lorong kecik yang belakang-belakang rumah tu. Bukan jumpalah, bertembung je. Dari rumah nak menghala ke stesyen keretapi, pokcikmokcik menghala ke kem tentera yang berdekatan dengan rumah aku tu. Memang dah sejibik-sejibik la aku kenal muka pokcikmokcik sume ni. Apetah lagi diorang, mesti lagi kenal aku. Lain dari yang lain. Kadang-kadang kalau aku pakai baju lain dari sekolah tu, rasa macam buat show pun ade. Tak payah naik stage la kira. Hish, malu. *padahal diorang bukan tengok aku sangat pun en* Diorang tengok pun sebab "ehh, budak mane ni, gemuk semacam je..pakai tudung pulak..kulit pun gelap..comel jugak.." Tapi, macam-macam ragam ada. Yang masam macam buah limau, yang laju macam harimau, yang tinggi macam zirafah, yang pendek macam Kakak aku pun ade jugak. HAHA. Sori kak, watak sampingan. Hrmmm...jom-jom nak cerita pelbagai ragam yang aku dah jumpa.

PSTTT! Bukan pokcikmokcik je, yang ABANG-ABANG GANTANG pun ade okay.

Pstt satu lagi, utk pengetahuan korang, kat sini memang semua pergi kerja pakai blazer ye. Mesti! Tak kira lelaki perempuan. Tapi tengok jugak la kerja ape. Kontraktor tak la. Pelik pulak en dok hangkut bata-bata paai blazer. So, boleh imagine tak macam mane gantang & smart! Ehemm Ehemm ayah saya pun kan nampak hensem taw pakai blazer. ZZZZZZZZZzzzz

From home to Ikejiri Ohashi-train station

1. Makcik cacat daya penglihatan.(Makcik Kilat)
Eh wey, aku cakap ape betui ke tu? Cacat daya penglihatan? Hahh, lantak lah. English-nya, "sight disability". This makcik aku jarang nampak tapi memang kenal. Kalau nampak, ohh makcik haritu. "makcik, lame tak jumpa..ape cerr??...(sambil angkat tangan kat makcik tu)" Bengong..Padahal die bukan nampak. Anyways.. aku gelar die "Makcik Kilat" sebab bila die datang je, terus guruh...angin..kencang... Ehhhh! Taklah, sebab beliau ni walaupun buta, tetapi gerak gerinya laju seperti seorang athlete.  Memang laju GILA yang luar biasa. Die ingat jalan rata je kot weyh..confident je jalan. Baru pagi tadi, nampak die..tapi waktu tu aku belakang sikit...die dah kedepan..tak tau dari mane die muncul..macam magik pun ade..well of course kata pun kilat kan. Die sampai kat tempat lintas jalan. Dari jauh aku nampak red light. Ade kereta, so die tak jalan la sebab deria pendengaran die masih berfungsi la tandanya. Sejurus selepas kereta itu sayup-sayup kedengaran, makcik kilat dengan OTAI memegang tongkatnya melintasi jalan yang masih red light. Aku dalam hati "sempoinye makcik". Serius ingat nak tolong, jihad ni..nak pegi sekolah..tolong orang..pahala besar.. tapi makcik ni laju sangat. Tak berkesempatan nak berkenalan (macam la reti ckp jepun). Lepas je makcik tu lintas, lori pun lalu. Eh hebat tu. Lori ni satu bunyi die tak kuat. Macam mane tu? haha, tapi aku rase tak mungkin terjadi kemalangan sebab pemandu-pemandu sini memang hebat macam post aku yang pasal driver bus trip kelas aku tu. Aku rase driver bas express kat Malaysia, ambik 2-3 kali lesen baru lepas kot kat Jepun ni. Jalan sempit-sempit. Ape ape pun kagum la dengan makcik tu tak boleh melihat pun pergi jugak kerja. Wonder jugak die kerja ape.

Kat sini, orang jalan kaki & orang naik basikal diberi keutamaan. Kiranya kalau nak lintas kat jalan yang takde traffic light tu, redah je. tak payah tunggu...Kalau korang berhenti nak bagi kereta lalu dulu pun, die akan berhenti jugak tunggu kau lalu. Daripada membuang masa menunggu..baik redah je dulu!

2. Makcik Limau Purut.
Haha, makcik ni hari-hari bertembung dengan die. Mula-mula dulu tengok muka die perghh masam. Rasa lah sampai ke pahit. Die ni rendang-rendang sikit. Bukan rendang daging, rendang=pendek. Fikiran kena positif kan, aku pun "mesti ade masalah kerja/keluarga ni..". Seminggu aku bagi chance kat die nak tengok muka die senyum sikit ke kat aku. Pergh sampai dua minggu la kira. Ingatkan memang problem die tak selesai-selesai kot sampai sekarang. So takpelah makcik, harap bersabar ye, insya-Allah selesai punya nanti. Be strong okay? Harap lah masalah die selesai sebelum aku balik Malaysia, nak jugak merasa senyuman die. Bukan ape, teringin.. Dia kira dah part of my everyday life. Haha, yela hari-hari nampak. Tapi nak wat cane, memang ade orang yang muka masam taknak belah, tapi hati baik kan? Makcik, senyum tu sedekah la!

3. Pakcik Hitam.
Pakcik ni sempoi je. Taktau la pulak die kerja ape. Kalau aku terlewat sikit, aku jumpa die kat lorong biasa tu je, eh maksud aku yang tempat biasa aku jumpa pokcikmokcik sume tu la pada waktu yang sama..tapi kalau aku awal sikit, jumpa die kat train station. Die ni, okay je muka..takde la sombong ke ape.dan pakai, mesti hitam semua..??ergghh..tapi bukan blazer la... Tapi yang aku pelik.. lepas keluar train, die akan duduk dulu kat kerusi tempat tunggu train tu la. Beberapa minit, baru die sambung perjalanan. Hairan jugak aku, bukan orang Jepun ni salu nak kejar mase ke. Setiap 3minit akan ade train pun nak terlari-lari bagai..! Tapi I just figured that out,,mungkin die ni mabuk train kot. Duduk nak reda-kan sekejap..yeke??

4. Pakcik Tempang.
Erggh tak tau la sesuai ke tak perkataan tempang tu. Tapi somthing like that. Taktau lah die ni pakcik ke abang. Maybe around 30-ish. Hmm, Dia sangat tinggi...sangat2..pastu kaki die cam cacat sikit..macam longgar2--kind of--i dont know how to explain, memang tak stabil la die tak boleh naik tangga..kena guna kemudahan elevator.(bila cerita ni, rase nak tergelak pun ade sbb nak describe die....) Mula-mula kesian jugak tapi buat ape nak kesian, die yang macam  tu pun hari-hari pergi kerja. Pakai pun smart..macam orang2 lain. Memang KAGUM la. Proud of him.

From Yoga-train station to Seisen Int. School

5. Pasangan bahagia.
Tak tahu la mereka ni suami isteri ke, adik beradik ke tapi memang tua about 40-50-ish. Hmm, pakcik ni buta. Makcik ni tak. Terharu tengok cara makcik ni hari-hari pimpin pakcik ni ke Yoga-train station. I can see that makcik ni, ikhlas dan sayang pakcik tu. Nampak raut muka pun, tenang je..rela hati..memang touched lah kalau nampak diorang. Errghh sweet pun ade! :P

6. Pakcik Colourful.
Umur...about 30-ish. hah, perlu ke wey aku bagi tau umur umur umur?? whatever la. Bila nampak pakcik ni je, mesti aku akan Terpana seketika. Haha. Pergh kaler yang die pakai tu menyerlah gila. Macam tak sesuai dengan keadaan. Such as kuning, merah, pink, oren.. tapi kadang2 hot juga pakcik ni. Tapi, tetap pelik. Mungkin die bekerja sebagai seorang Model kan? who knows..

Ade lagi untuk perjalanan balik sekolah.. Cukup la sampai sini dulu penat ler.
Nanti aku cerita ragam budak-budak sekolah Japanese okay. Local Japanese. Not the International one. Peace.

Btw, Monday i'm gonna have to perform
Group Dance for PE (koreografi reka sindiri yang macam sakai, sengal, lawak..)..boleh bayangkan aku menari? ira menari? musfirah menari??????? what? it does not make sense! I know! WHO CARES?? enjoy je la!
English Presentation
History presentation.

Percaya tak kitorang prepare segala presentaion tu dalam masa 3hari je? Memang kerja gila. Baru nak cakap first 3 days of school sucks. Tapi cancel lah sebab markah assignment aku yang bagi aku sangat memberangsangkan! Happy. Mungkin bagi korang biase je markah tu tapi bagi aku sangat sangat okay from what I thought. Good effort! Teruskan usaha. Terima kasih kerana bagi semangat untuk diri sendiri. Haha!

*terima kasih followers baru yang hebat2 belaka. Especially;

2 comments:

Sophie Al-yahya said...

eh tengah baca dan nak habis dah ternampak pulak link blog akak. ahaha.

amboi dik, observer betul awak nie siap bagi gelaran lagi kat orang yang awak nampak hari2 eh.

Fyra M said...

hahaha! Memang2 suka perhati org. Seronok. Hehe, banyak dapat pengajaran jugak sebenanya.. Hehe :D