Apr 10, 2011

I AM DONE

Malam ni, gua boring. Esok ade “end of unit test” untuk Math. Gua rase macam confident je boleh buat. So, kejap lagi la buat review sikit. Sebenarnya malas teramat nak study. Tahu kenapa? Sebab



Tadi aku selesai buat “Argumentative Speech” setelah lama tertangguh, tunggu turn, tunggu sampai betul2 memorize text. Sepanjang minggu lepas dengan minggu ni, memang nama aku tak naik-naik. Maksud aku cikgu tak cabut pun. Agak lucky sebab aku berkesempatan untuk buat preparation yang cukup! Semalam pun nama tak kena gak. Hari ni aku volunteer terus nak buat memandangkan tidur aku tak pernah lena selagi aku belum buat. Ya Allah beban betul la bila otak runsing pikir benda-benda yang akan/bakal terjadi. Ada manusia macam ni kan? Asyik fikir ape yang bakal berlaku bukan nye nak deal dengan perkara yang sedang berlaku. Hurm!

Komen aku untuk diri sendiri, memang untuk persiapan tu sangat berpuas hati. Bangga dengan effort yang aku dah buat untuk slides and isi. Bangga dengan diri sendiri sebab berani volunteer jadi orang pertama untuk lesson English harini. Kih Kih Kih. Satu period, dalam 3 orang je yang sempat present speech. Bangga jugak dengan research yang mencukupi (mungkin). Bangga jugak sebab ayah siapkan dua perenggan. HAHAHA! (ayah banyak menyumbang betul kat speech kali ni). Komen aku untuk speech tadi. Walaupun dah memorized most of the isi, waktu buat tadi I did a lot of reading from my notecards. Arghhh. I hate it. Kecewa dengan siri sendiri. Bukan ape, bila dah tak dpt control nervous, jadi macam tu lah. Tapi, for questions parts I thought I did pretty well. Yela, mula-mula risau jugak ape pulak la kawan2 genius aku nak tanye kali ni. Tapi tadi semua soalan dijawab dengan okay. So, overall okay xcept the reading part.

Setelah puas berusaha, doa berterusan, sekarang nak berserah kat Allah. Tawakkal. Insya-Allah I’ll get a better grade than my previous speeches.

Jadi, sekarang ni aku duduk goyang kaki jela(untuk English) tunggu classmate yang lain habis buat speech, mungkin akan ade assignment baru.

For religion class(multi-faith), we are learning Islam for this quarter. Memang agak beban sebab setiap kali ade religion class, i need to do at least some research so that i’m well prepared for any persoalan. It’s quite tough for me. Sebab aku bukannya arif/pandai sangat untuk explain every detail clearly in English. Lots and lots to do. And tadi pun aku dah di-interview. Ya Allah, harap2 semuanya dipermudahkan untuk hari-hari mendatang. However, we’ve already divided into groups macam biasa lah untuk kelas ni, and my part was “the muslims beliefs and practices+holy days”. Aku tak kisahla kena buat ape pun, masalahnya presentation kali ni kena buat 40 minutes for each group. BAPAAAAAKKKK la! Teruk punye kerja. Diorang kata, lebih baik buat filem je terus sampai 40 minit. Tapi, Group aku kali ni bagus sikit semangat diorang. Antara cadangan kitorang were nak masukkan video, and do some skits. Kesempatan yang ade ni, aku nak la tanye korang semua kalau-kalau ade idea or suggestions that you might wanna share? Please. Bantu lah saya insan yang lemah ini. Hehe. Insya-Allah jasa anda semua akan dibalas Allah SWT. Please ye, and jangan la malu-malu nak bersuara! Huhu. Thank You in advance!

-entry ni sepatutnya di-post pada malam selasa minggu lepas. For some reasons aku tak perasan pulak yang ianya tak-di-published! Ekekeke. Sori. Ini la namanya tuan blog yang tak perihatin dan Pemalas ! So yeah, anyways…please yea bersuara kalau siapa2 ade suggestions ?

1 comment:

Ruun Hamiza Adihays said...

40 minit ? kte buat oral test 3 minit pun dah macam kena current dekat depan kelas ..
Darling , I bangga dengan U .. muah muah muah ..
*muntah , please*