Sickness, Lonliness, Shitnewwwsssseeesss |
Demam berlarutan. Kepala pening, Mata merah kepedihan, Hidung terkumat-kamit menghembus keluar hingus yang mengalir, mulut tercungap-cungap lelah mencuba untuk bernafas, telinga berdengung-dengung mendengar keluhan.(semua dalam rumah ni demam sekarang kecuali mak & ayah). Despite all those pain, perut gua masih galak berbunyi-bunyi, menyepak-nyepak, mehempas segala asset yang ada petanda nak suruh gua makan la tu. Kononnya kalau makan, gua boleh baik demam la. Cukup la tu dengan semua permainan kau perut. Gua dah tak nak bagi muka lagi kat kau. Melampau! Semakin gua layan, semakin kau naik kepala.
p/s; switch aku pulak ye. Dah rase macam gangster pulak pakai gua2 ni kan.
Sekarang, otak aku apatah lagi, ligat berpusing dan hampir biul, memikirkan macam mane aku nak siapkan kerja sekolah. Ya Allah. Kembalikan segala tenaga sakti aku. Assignment yang aku dah list kat tepi>>>> tu cerita lain. Memang lambat lagi, tapi untuk langkah keselamatan, aku kena mula dari weekend ni. Memang terpaksa.
Walaubagaimanapun, di samping assignment2 besar tu, ade benda2 kecil yang aku sepatutnya buat waktu cuti winter holiday haritu, aku tak buat. Tangguh! Bagusla. Baru kau tahu ira! Facebook facebook, blogging blogging, follower bukan bertambah pun! Yang hairannya update blog dengan log in facebook, dua2 ni, aku buat secara konsisten, walhal..kerja2 sekolah dan study2 for external exam, bukan setakat tak konsisten, sentuh pun belum. Errrr adela sikit. Tak sampai 10%.
Secara tak langsung, untuk di-relatekan dengan ape yang aku rasa sekarang ni, aku nak umumkan tajuk argumentative speech….ermm…why the use of internet for teens nowadays are useless?? Okay tak?
Dah banyak tajuk2 yang berkemungkinan aku akan guna. Antaranya;
- Are parents allowed to hit their children? Kalau guna yang ini, aku nak kaitkan dengan Malay Culture. That might be interesting.
- Cigarettes should be banned?? Aku nak kaitkan dengan Malysia& Japan :p
- Government should give free health care? Macam Japan…free health care beb!!
- Why learning Shakespeare is useless? Hahaha, sebab die punya vocab, bahasa menyusahkan orang kot.
- Why co-ed school is better than single sex school? Aku ade pengalaman, boleh la share kan?
- Japanese culture which the gap between young and old people is so obvious?
- Kerajaan Malysia perlu naikkan taraf sistem pengangkutan. Gerabak keretapi ade 3 je??, mana muat doh. Tak punctual. Driver tak berhemah. Macam2 aku nak complain.
- Why other people think that Islam/Muslim is a terrorist in the world? Tapi cikgu aku kata topik2 politik dan agama, sangat sensitive. Jadi soalan ni aku delete.
- And lastly, aku rasa nak buat tajuk panas nih, Why doing speeches are useless?? Hahhhh! Cikgu English aku mesti SUKA ni.kan2? Menyusahkan orang. Sebenarnya, instead of saying that, I should have say, speech perlu diterapkan dalam pelajaran/pengajaran di Malysia(even local school).? Kan?
Aku bingung. Tolong. Apekah jalan penyelesaian yang bernas! Adakah terus melayan perut aku, atau terus melayan facebook aku, atau terus mengupdate blog aku, atau terus menyambung tidur atau bukak buku kemudian start buat?
Aku tahu dah jawapannye. Makan kan? Yeahhh.
Korang rase tajuk speech mana yang paling best?????
No comments:
Post a Comment