Dec 29, 2010

Helllll-O


Sebenarnya kan, banyak sangat benda yang nak share dengan korang. Last day of school(for winter break), Tests’ tragedy, Hangout-s, Jiwa+Perasaan, Crush?, Playouts at Seisen, Pathetic punya story pun ade banyak, Dance during P.E, Ponteng, OMG banyak la. Kenapa hah semua terlepas macam tu je? Nak sangat-sangat share dengan semua. Yela, life kita kan ber-beza-beza, lagi-lagi aku yang hidup jauh di perantauan best bila dapat kongsi pengalaman kan kan?. Haha, masa berlalu pantas.. Sama dengan situasi sekarang, lagi berapa hari je nak masuk sekolah WHATTHHEEEEE….MAK, kahwinkan ira…taknak masuk sekolah! PLEASE!!!! PLEASE!!!! Nasi goreng dah pandai masak, kain dah pandai basuh-sidai-lipat, pinggan pandai basuh(expert kot haha), bilik pandai kemas(tolak katil sendiri kot, dah boleh masuk THE CONTENDER tuuu) tak payah ERIC LEONG pun. Haa, cukup lah segala basic boleh la tu kahwin. HAHA!

Tapi kenyataannye, cuti ni…aku la manusia paling pemalas. Perangai macam GAJAH. Gajah pun lagi bagus sebab die rajin tolak pokok. Konon la berazam cuti ni nak study sebab lepas seminggu masuk sekolah ade EXAM, nak habiskan beberapa buah buku yang aku pinjam kat library sekolah..waah bukan main banyak kan! Padahal setakat dah seminggu setengah cuti ni, baru baca satu buku motivasi, setengah novel. Best memang best, tapi tak boleh kalahkan Facebook. Ridiculous! Lagi,,,,nak tolong mak..sidai kain..masak..lipat kain..tapi,,YA ALLAH! Asyik-asyik terlupa. Mak pun dah paham. “Malas cakap jela…buat-buat lupa pulak”. HIK HIK HIK, kak…balik la sini..boleh tolong mak. Ira malas la! ;P

Kerja sekolah, dah berapa kali try nak buat tapi tak jadi jugak. Otak tak nak terima benda-benda berkaitan sekolah. Study tadi pun dalam otak tercampur dengan tok kat kedah, opah kat ipoh, kawan kat sg petani, kawan kat serdang, pakwe kat capetown ecece yang pakwe tu bohong ye! Hmmmm, Macam mane ni? Masuk sekolah nanti mesti penuh dengan azab HOMEWORK. Bila nya aku nak senang? ‘padahal tengah senang la ni’

Ifwat, mesti best. Agaknye sekolah die mesti dah tak bagi Homework dah! HAHAHA. Yelah, ade sorang budak dah suicide. Astaghfirullahalazim. Oh korang tak tau ek? Geng bola Ifwat, meninggal dunia beberapa hari yang lalu kira baru la..gara-gara tertekan. Rumors mengatakan yang die tension sebab mak dengan ayah die cerai. Lepastu bapak die kahwin lain. Othello ni memang budak yang baik..semua suka die. Memang takde masalah la kira. Tapi minggu last sekolah haritu (well, kitorang sume tengah cuti Christmas and winter ni) die buat masalah. Bergaduh 3 kali dalam satu minggu. Kecoh satu sekolah. Hmm, agaknya apela masalah sebenar die kan. Kesian sangat. Jangan la emosi sangat sampai nak bunuh diri. Sian mak die. Mesti lagi tertekan. To relate with homewrok tadi, cikgu ifwat kata kat facebook, bukak sekolah nanti kena cari jalan penyelesaian kepada masalah ni. Cikgu nak pstikan semua pelajar stabil…blablabla. Kalau aku, bawak sepanduk, KAMI TAK MAU HOMEWORK ! Perghh best tuh. HAIHHH =,=

Yang paling OBVIOUS aku buat ialah Facebook, Tidur, Makan, Bawak Imtiyaz Jalan-Jalan Naik Basikal Petang-Petang, Sawan (kakak dengan mak je kot yang faham)! RUGIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII banyak dah ni. Ira WAKE UP!!! BERUBAH LA!!! Apesal aku pemalas sangat! Studyyyyyyy? HUAAAAAA EXAM! Takut! Taknak masuk sekolah! TAKNAK!

I Don’t Need School, I Just Need Foods to stay ALIVE! BRGGHHH! Tapi zaman sekarang ni kalau tak sekolah, tak belajar, kau nak kerja ape? Kalau tak kerja mana nak dapat duit? Kalau takde duit mana nak dapat makan hahhhh? BOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO! Lagipun menimba ilmu tu juga ibadat… Arghh LOOOSER! Cepat! Get work done! He** yeah, I did not even touch my homework yet. Ape ni cikgu English. Peraturan dalam buku, kalau cuti selain daripada SABTU & AHAD, tak boleh bagi kerja! Ni hah bagi banyak pulak tu! TIDAK ADIL! BENCI ENGLISH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Cikgu die sekali aku nyampah! Tanda kerja2 assgment aku tu biarla berhati perut sikit! Aku dah la ESL student huhhh =,-

Btw, next post…aku try pendekkan segala cerita yang tak dapat nak cerita tu okay! I’ll try my best! Ehh ke..nak siapkan kerja sekolah? Ehh, ke nak facebook? Ehh, ke nak tidur je? Ehh, kerja tak siap lagi la? Ehh, Ehh, Ehh,,

Ya Allah…jauhkan Syaitan-syaitan yang binasa dari diri yang ingin berubah ini. Amin.
Tak payah nak cun sangat!
Asyik-asyik homework!
Hot ke ni?
 WACHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!

Dec 24, 2010

what you've done?

  1. Mood: Terharu; terharu dengan kasih sayang seorang abang kepada seorang adik. Malam ni mak dengan ayah takde pergi dinner dekat Embassy of Malaysia. Yal dengan rela hati, membawa Imtiyaz keluar bersiar-siar. Bukan setakat Setagaya Park je, sampai Harajuku. Jauh la kiranya. Bawak Imtiyaz makan.. berdua je.. TERHARU.
  2. I can't stop thinking about that thing. That thing that makes me suffer. Tidur pun tak boleh =,= If I can, I would take this pain away. But how?..Ya Allah...show me the way...
  3. Thank you for all you've done :D and hardly say, I forgive all your mistakes.

anak perempuan; bertimbang rasa


Anak-anak ayah!
Lelaki vs Perempuan:
Untungnya ayah & mak dapat anak perempuan:in certain situation,
Obviously babak duit yang banyak dapat dikesan kih kih kih
Situasi pertama;
Mesej on facebook:
Abang: Ira, bagi tahu ayah, abang nak beli kamera baru…boleh tak?
Ira: Ayah, abang tanye die nak beli kamera baru boleh tak?
Ayah : Boleh. Berapa ? Duit ade ke… ? Nanti ayah hantar.
Ira : Ayah kata boleh.. nanti ayah hantar duit..
Sedang ber-Skype dengan kakak..
Ayah: Ha kak macam mane belajar okay?
Kakak: Semua okay ayah..
Ayah: Lecture boleh ikut kan?
Kakak: Insya-Allah boleh..
Ayah: Makan semua macam mana? Ada duit lagi tak? Kalau tak cukup ayah hantar..
Kakak: Makan okay salu beli kat cafĂ© kolej ni je..Eh duit ade lagi..takyah hantar ayah..ade lagi…
Situasi kedua ;
Kat kedai…
Kakak: (sedang berjalan sambil memegang beberapa bungkus plastic berisi survenir buat kawan-kawan yang sedang menanti di Malaysia)
Ayah: Kak, cukup dah? Beli la lagi…
Kakak : Cukup kot nie…
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Abang : Ira, lawa dohh ni...
Ira : Mane ? (dalam hati, biase je)
Ayah : Beli la..berapa tu..
Abang : (sambil khusyuk memilih)
Situasi Ketiga ;
Abang: Ayah, abang nak keluar jap..
Ayah: Pegi mana?
Abang: Taktau lai..nakameguro ke.. Shibuya ke..
Ayah: Duit ade ke.Nanti jap..(pergi ke bilik mengambil wallet)
Abang : (Menyelukkan kakinya ke-dalam kasut dan kemudian mengambil duit yang dihulurkan)
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Nak pegi shibuya~~~
Ayah : Ni nah kak duit, belanja la minum2 ke..makan kebab ke..
Kakak : Eh tak payah la ayah, duit yang ayah bagi semalam ade lagi.(Ira, sambil menyokong kata-kata kakak)
Ayah : Aiiii…ambik la minum2..
Kakak : (ambik jugak dalam keadaan terpaksa, sementara yal..tersengih-sengih..dalam hati, yeay !duit !)
Shibuya~~
Yal : Kak, tu kebab !
Kakak: G ar beli.
Yal: Bak la duit.
Kakak: Guna ar duit sendiri bukan mahal pun.
Yal: Bak la duit ayah bagi tadi.
Kakak : (hulur duit)
Situasi Keempat ;
Kakak: Ayah, kitorang(yal,ira) nak pegi Shibuya malam ni..bawak imtiyaz boleh tak?
Ayah: Boleh..takpe ke bawak imtiyaz..buat kacau je budak ni..sejuk ni…
Kakak: Alaaa, boleh je..
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Imtiyaz : Abang jum pegi Setagaya pub(park)
Abang : Esok la…
Imtiyaz : Jom ar bang..
Abang : Esok ar…
Cerita ini campuran antara rekaan semata-mata dan reality ! (:
Kenyataan kan? Anak perempuan bertimbang rasa sikit dari lelaki. Heheeee!
SEKIAN.

Dec 23, 2010

i'm in pain


You gave me the freaking hope that ended up boastful pain!

He wished for a whole basket of yellow pamelo fruits,
Sweeter than grapefruits,
To eat by himself!

Dec 21, 2010

awful TRIP


Well, not awful actually...AWESOME!

Sehari Sebelum:

Kami (budak2 tenth grade=age 15 to 16 at seisen) ter-sangat-EXCITED. Topic perbualan> baju/beg/jacket/bulu kambing, ayam..sume cukup. Waktu Homeroom, cikgu banyak kali pesan “it is going to be really cold up there”. Tally punya tally agak 15 kali cikgu bagi tahu benda yang sama.Perlu ke??  Dalam hati “tahula, cikgu releks sudah, semua pakai baju punya lah jangan risau”. Sebabnya, nak ingatkan diorang semua jangan pakai yang terded-terdeda-terdedah! Diorang SEXY. Tengok Facebook diorang, Astaghfirullahalazim. Tapi, nak heran ape, tengok sekarang ni remaja-remaja Melayu pun lebih kurang aje. =,=. Tapi still nak consider diri beragama ISLAM. Tak boleh nak beza???

By the way, kalau tak tahu homeroom tu apa.. Kelas pagi yang guru kelas check kedatangan, keadaan kelas, keadaan pelajar yg kaler2 kuku, kaler2 rambut, langgar2 peraturan sume tu siap la waktu ini dan biasanya, StuCo(Student Council) punya waktu untuk buat pengumuman & bagi informasi terkini kepada pelajar2. Pelajar2 sini keras kepala & suka berdebat. Satu benda ni yang jadi kegemaran mereka; peraturan sekolah; “clear or light pink nail polish is allowed for high school students.” Budak kelas aku...huhh tak payah cakap, semua keras kepala, Kepala Batu. Kepala aku je lembut. (Macam cacat dah). Bagusnye diorang kaler kuku HITAM. Pastu, bila cikgu suruh pegi bilik nurse tu>where she can get rid of that nail polish, start la gaduh dengan cikgu “I don’t understand with seisen’s rule, what is wrong with black nail polish?”

“Betul jugak kan? Asal pink boleh, hitam, biru, merah tak boleh pulak? Mati ke?(KOT)” “yang nak langgar peraturan tu apehal pulak? Gediksss!HEHE” “Pakai nail polish??ade pulak masa nak mengecat2 kuku?? Cantik berkilat pulak tu…??”

Kalau ye pun aku boleh pakai, takde mase-nye nak belek2 kuku. Cuti pun potong je kuku. Takdenye nak kilat2. Alah, maklumlah kuku dah lawa. HAHAHAHA =,=. Selalunye, waktu homeroom ni kami ambil kesempatan untuk siapkan kerja-kerja sekolah yang tak sempat siap kat rumah. Ye ye je, padahal main facebook sebab tu tak siap ;P (diorang je ea, aku tak ) HAHA. Tak lame pun homeroom ni. Dalam 10-15 minutes. Yang paling best kat sekolah ni, jarang ade perhimpunan. Sebulan sekali pun susah. Bagus, tak serabut kepala aku tengok orang ramai2.

(sorry ter-tukar topik)

Malam nak trip baru start Packing. Maklum, BUSYYY SANGAT kan. Jumpa client sana-sini. Punya lah berapa jam siap beg (LEMBAP). Padahal tidur satu malam je pun. PEREMPUAN??. Pagi2 lagi mak bangun siapkan breakfast. Tapi kali ni awal sikit sebab nak masakkan makroni untuk ‘ira’ bawa bekal. Itulah die kan kasih sayang seorang emak. (mood, TOUCHING ye). Hmm, takkan nak cakap tak payah. Aku bukan reti masak. Heehee. Ingatkan dengan haruman makaroni tu pagi2, indah la pagi aku kan. Tapi lain pulak jadinya. Ayah MALATOP. Macam biasa angkara ifwat (kelembapan die tu la). Shoooooooot punya ifwat. He ruined my day. Sebab ifwat jugak aku tak dapat duit (dari ayah). Ayah dah marah2  aku laju2 salam ayah, mak, CHOW. Dok lame2 nanti..buatnye tempias pulak kat aku..kan susah. Mak bagi duit tapi pahamla kan. Nilai pemberian ayah dengan mak ni lain. Ayah mesti berganda lagi banyak dari mak (selalunya). Kan kan?? Kih Kih Kih.

*balik dari trip ayah tanye, nape tak bagitau pun pagi tu nak pegi. 
Boleh pulak tak perasan aku pakai baju biasa instead of uniform sekolah.
Boleh pulak tak perasan aku bawak beg besar-besar instead of beg sekolah.
Sungguh tak masuk akal. Almaklumlah, orang tengah HOT.

Pelik ke aku bawak bekal ? Tak kan? Yela Jepun wey, setakat ham burger belambak lah ;P
Ini bukan Malaysia kan. :p
Kat Malaysia, zaman tadika je bawa bekal. Kalau dah sekolah menengah bawa bekal juga, orang cop ‘ANAK EMAK’ kan?
Jepun, Bapak orang pun bawak bekal la...
Makanya, kita pemikiran orang Melayu ni kena la diubah ke arah yang lebih ber--?? ape? ENTAH =,=

16th of November, Selasa.

Perjalan pegi sekolah macam biase...Berkumpul,  bertolak naik bas-8.30.

Baru teringat aku ni agak la mabuk kenderaan. Lupa nak beli HACKS kat SOON MENG. Nasib la ade iPod-dapat membantu dari mengeluarkan isi perut aku sepanjang perjalanan. Ingat nak snap gambar dalam bas, tapi..tak jadi mabuk punya pasal..

Amboi bukit bukan main lagi. Serius tabik gila kat Driver Bus kami. Bayangkan jalan2 kat jepun ni punyalah kecik, berliku-liku, bawak bas yang bersaiz besar. TABIK! Punctual lagi. Hebat2 negara maju.
Memang la aku tak suka, tak suka Jepun pun, tapi aku tabik la kan. :D

2 jam kemudian~~~~~

THE HAKONE OPEN-AIR MUSEUM


2 jam, jalan2 pusing2 museum, sempat jamah karipap yang tak lalu breakfast tadi sebab ayah marah.  Air, beli dekat vending machine. Sini beribu2 vending machine semuanya elok, cantik, berlampu lip lap2 lagi. Kalau kat Malaysia susah nak jumpa.(KAN?) Tapi  takpe, kedai makan banyak je.. senang hati.

Baru nak meng-explore museum..(permulaan)
 Nak cite pasal  hindustan dengan MAITHRI finatic gile :D
Control ayu disitu~~
Meet sweety NANA :P
Taktau nak posing macam mane dah =,=

Sports' students= Keila, Karina, Chikako, Amelia :D
Ira with Khaleeda..the Best Malasian friend..
^^
gedik gedik...
autumn~~~

BUFFET LUNCH at BELLA FORESTA, HAKONE OPEN-AIR MUSEUM

Semua kelaparan semacam T__T. Cikgu ambik berat pasal makanan kami2 yang vegetarian etc. Muslim, tiga orang je. Pandai2 la pikir mane yang boleh makan kan. Bab yang aku paling suka pencuci mulut (Bukan sabun ye). Memang SUPERB sedap! Alhamdulillah  kenyang. Tapi, tak banyak pun yang boleh dimakan. Takut punya pasal kan =,=

makan ira..jangan tak makan..

Khaleeda belikan rantai. WHATTHEEEHECKK. Butterfly pulak tu. Pink pulak tu. Cantik pulak tu. Siott pulak tu, hahaa! Tak expect langsung nak dapat hadiah waktu tu. Pape pun time kasih la dear! Susah-susah je. Sempat jugak beli hadiah jugak untuk Alice, kawan 11th grade for her birthday present. Lama juga nak decide beli ape. (Orang tak biasa memberi, biasa menerima je beginilah ni la jadinya).

OWAKUDANI CRATER



Tempat yang telur hitam tu :D Memang cantik view. Nampak MOUNT FUJI. Yang ini, agak mencabar. Sesiape yang teringin nak tengok tempat telur hitam tu, kena naik sampai atas bukit sambil menahan bau yang kurang enak Bau telur hitam. Bukit tinggi. Mula2 tak nak naik, macam malas je(GEMOK, PEMALAS). Tapi sebab kawan2 ajak naik & nampak orang tua2 dah bongkok tiga pun naik jugak, sedikit sebanyak menjadi sumber inspirasi. Best juga. Berlumba-lumba kami naik. GAYAT WUOII. Tabik lagi lah kat orang Jepun. Yang tua-tua tu pun boleh naik setinggi tu.

mendaki....


2=bape yen? Tak makan sbb kenyang sgt lagi.dorg kte sdp
lepak time.....
Meet genius..Marina and Sophia..
View of mount Fuji....
nak balik dah~~
Sorry for the bad quality..but ya, I have more photos on my facebook....

POLA MUSEUM OF ART


Dah nak dekat malam. Jadi, masa kat museum ni pendek daripada yang sepatutnya. Lagipun, energy semua dah LOW. Satu hari berjalan, KEPENATAN! “Bosan, aku dengan penat” (nyanyi la) Ramai dah yang lepak je. Tak larat nak jalan dah. Lepak2 kat sofa. Ada yang siap tidur lagi. ZZZZZZzzzzzzzz. Aku memilih untuk tidak men-tidurkan diri sebab takut nanti tak bangun dah =,= kan susah. Kena pulak panggil TRAILER nak angkat. Tak baik menyusahkan orang sekeliling.

No photo...not in the mood...

Hotel

Perjalanan dari museum tadi, agak menyeramkan. Hujan, gelap, berliku liku. Nasib pemandu bas ni hebak. Jauh jugak hotel tempat kami menginap. Tunggu punya tunggu sampai jugak akhirnya. Diorang menjerit bila sampai. Motif ? HEBAK lagi. Haha, sebabnye diorang tak pecaye lawa sangat. Me? Releks, Cool sudah kan ? (bajet cool pulak)  Padahal aku pun cam peghak juge. Hehehe.

Bekumpul kat Lobi. Cikgu bagi kunci. Semua berapa bilik tak tau la tapi setiap bilik ade 3-4 orang. Waktu pembahagian kunci ni, cikgu panggil nama Marina. Boleh pulak ? Okay la die nak jadi leader. NAH LA nak amik sangat. (macam budak2).

room: 304

Masuk2 bilik. Khaleeda & Marina dah cop katil. Tinggal yang tengah, aku amik jela. (sedia maklum, aku SLOW/lem***) Alhamdulillah cantik dan selesa. Yang penting, sekarang aku dengan khaleeda terus pecut mandi. Sebab, TUTTTT sembahyang.____. Astaghfirullahalazim... Rushing gila sebab waktu dinner lagi berapa minit je. Cari kiblat terus semayang. Cari kiblat pun punya jenuh! Tengok kompas pun tak berape nak master lagi. NGEEEEE! Seusai solat, cikgu tingtong pintu. Nak bagitahu something.. What is it??

Aysha punya birthday harini. Mak die call hotel untuk buat surprise kat die. Die belikan kek. So, kejap lagi ade surprise. Diberitahu supaya kitorang tak terkejut. Nanti kitorang pulak yg tersurprise. Haha Mak dia tu sebenanye staff kat sekolah tu jugak. KITORANG: "macam gempak je weyh, aku lak excited". Anak orang kaya boleh la, kalau aku jangan nak bermimpi... takpela,,,at least dapat rasa kan2!

DINNER

Dinner dalam dewan yang ada kami2 je. Takde orang luar. Makanan, sekali lagi pencuci mulut dia SUPERB gila ha. Memang malam tu semua makan sampai nak pecah perut. Aku, hah jangan kata...Lagi la. Sambil2 makan diorang  bincang nak buat persembahan ape untuk ‘group activity’ lepas ni. Kalau kita kat Malaysia, Malam Kebudayaan kan ? Hmm, lebih kurang. Yang ni boleh buat group sendiri, ape2 BEBAS. Ade ke cikgu suruh aku menyanyi. Tahu la suara aku sedap kan. Haahahah ! Takde mase. Tak prepare. Cikgu lain kali cakap la awal2 sikit, boleh berlatih kat umah ;D

Bukan meja aku...hehe
Bukan meja aku jugak! HAHAHA
Bukan....err xkan nak ambk gmbr pggn kwn aku kot en?
Coolest Friends...
Khusyuk! jangan la kacau!
Selesai pinggan pertama!
Mr.T and Karina were performing..
Laura and Jenny singing "I LOOK AT YOU"
Were waiting for the surprise...
Some announcement made by teachers..
Lampu dipadam...lagu dipasang..dan lampu dibuka semula...hik hik...


Balik bilik…
Lega gila. Tapi dah lewat malam. Malam tu, sebelum tidur kami kemas mana2 yang patut sebab esok, lepas breakfast, terus gerak. Puas sembang, gelak, share macam2. Seronok sangat. Tu yang sampai ade post status dekat FB. heheee! Sebelum tidur, sempat mintak tolong Marina kuncikan jam bangunkan subuh. Haha. Wat malu je. Nak wat cane, dua-dua mengaku liat bangun. Kena ada orang bangunkan. ;P (MESTI TAKDE ORANG NAK KAHWIN GN AKU LEPAS BACA NI)
Khaleeda, tak berapa nak sihat malam tu. Sebab memang die demam pun sehai sebelum trip ni. Kami tingtong bilik cikgu mintak ubat. Cikgu, pergh baiknye. Aku faham cikgu lagi penat...dah berumur. Kita yang masih muda ni pun penat. Cikgu, masuk bilik, duduk kat katil khaleeda, tolong bagi makan ubat, letak kain basah kat kepala, pesan macam2, sangat baik. Kami tersentuh dengan layanan cikgu.(jiwang tak)

Bunyi desiran arus anak sungai yang mengalir sangat mengasyikkan hingga membuat aku dibuai mimpi yang indah! (waaahh, jiwang tak??)

campak..campak...jgn tak campak..
before dinner...
subuh...
leaving...
ada ank sungai sebenarnya
checkout...

Nak berangkat. Part paling best! Satu bas, lambai pengurus hotel tu. Siot lah jepun. Sampai ke-luar pengurus tu hantar. Siap melambai2 lagi. Lama pulak tu. Diorang lawak gila “KAWAII, KAWAII, KAWAII”. Tak leh belah. Dengan orang tua pun ada hati. Haha. Tapi memang agak comel pak cik tu. Tapi lama-lama aku tengok macam Bung Mokhtar suami Zizie tuh! Heheeee. Terus Cancel. HAHAHA


Tersangat sangat sejuk dan cantik pemandangan. Sempat menikmati coffee panas dari vending machine. Tak tahu nak gambar kan..korang tengok la gambar yang tergambarkan ni..(HAH???)
Subahan-Allah cantik..

i'm not a photographer :(
More....
Sejuk...
With Mr.T....
Takde motif (;
Dua insan sedang bercinta....(Sweeetttt)
Nak terjun.....

HAKONE SEKISHO (CHECKPOINT AND MUSEUM


Have a look if you wanna know more about it...!

Tempat bersejarah yang ini. Cantik pemandangan. Kali ni jalan dengan cikgu kejap sebelum buat haluan masing2. Best jugak. Cikgu banyak cakap. Cerita itu & ini. Mr. T. Cikgu SC kami. We used to talk bad thing/ gossip about him..(for some reasons) Hahaha. But, semenjak trip ni..kitorang semua sayang die :P he is such a nice teacher.

Cam biase, pegi kedai survenir. Macam2 yang nak dibeli. Terpaksa tahan nafsu. “WOMAN DESIRE” waaahh! Nafsu kena lah berpatutan dengan duit yang aku ade. Hahaha. Jepun, ape yang murah. Semuanya macam.. eh macam aku kata la kan, kalau nak convert duit Malayisa…sampai bila2 pun tak beli ape2. Sedih GILA. Waktu ni teringat ayah, ayah, ayah. Nak duit. Sedap je kan, asyik mintak duit je. Ape punya anak ! Last2, beli la jugak sikit~

Tak ku sangka Lunch kat sini. Yang ni la aku bising2 tak sedap tu. Gila nak muntah. Korang mesti pelik kan camne aku makan. Sampai2 je kat restoran tu, pelayan tu suruh cikgu panggil pelajar die yang mane yg  vegetarian etc sume tu lah. Kitorang masuk dan duduk kat makanan yang ade tulis nama kitorang. Pergh Sistem! Hebat. Laju je. Terkezot gak ade nama aku kat hidangan tu kan. Biasalah, orang FAMOUS.

;)
souvenir...
^^
teruskan..perjalanan...
gmba ni takleh rotate.takmuat kot!BADAK



pasangan bahagia~
^^
survey kedai...
mari shopping~~~

ITDAKIMASU

Benda ni tradisi orang Jepun. Kalau kita Basmallah. Cam tak caye je aku makan makanan jepun wey korang. Dulu teringin jugak nak merasa, kan…tapi bila dah dapat..takpe la..terima kasih je. Even kawan yang dah duduk sini belas2 tahun pun taktau makanan jepun & tak makan pun. Waktu makan tu lawak la. Kawan sebelah, GUL, tak abis2 bahan2 makanan jepun. Bisik2 buat lawak, buat aku lagi nak muntah. Tapi aku makan jugak la sikit lapar punya pasal. Last2, masuk bilik air muntah.(REAL PUNYA) Sengal. punya kawan. Tak sangka langsung nak muntah. Hmmm, relaks jap..terus g kedai survenir lagi. Beli beg. Haha. Perempuan memang cenggini =,=

Ramai yang complain tak suka lunch harini, semua borong junk food kat kedai. Taktau la kan mungkin sebab makanan kat restoran ni yang tak sedap kot. Yang real2 sedap, Sedap la kot. ???? hmmm… ape2 pun, yang aku tahu, Makanan MELAYU paling BEST.

serah diri!
lauk pauk...haha..
nyum..,.sedap gila!!!!
mari nyanyi..

Kerbau oh kerbau kenapa engkau tak makan..macam mane aku nak makan..perut aku sakit..
Perut oh perut kenapa engkau sakit..macam mane aku tak sakit..makan ikan mentah.
Ikan oh ikan kenapa engkau mentah..macam mane aku tak mentah..orang jepun suka!

WEEKKKKKKKKKK! TAK SEDAAAAAAAAAAAP!


MOA MUSEUM of ART

Museum ni hebak GILO. 200m escalator. Power tak. (sorry, i don't have the picture of it). Macam ni la bayang. Escalator kat mines tu. Tapi lagi panjang. Korang naik. Pastu naik lagi. Pastu naik lagi. Naik lagi. Sampai berapa aku tak ingat. Cantik design die. Cuci mata tengok hasil2 tangan manusia dalam tu. Tapi lama2 bosan jugak.(bukan orang seni) Stop, lepak kat sofa lagi. Baring. HAHA. (macam badak). Tak sabar nak balik.

RINDU dah kat IMTIYAZ :D

ARRIVE at SEISEN

Sampai sekolah pukul 4.30 petang, malam dah la. Maghrib dah pun. Naik train malam2. Bapak gue takde kereta nak amik :( Nasib kawan2 ramai yg balik naik train malam tu. Tapi perjalanan dr station balik rumah, mmg agak jauh, sunyi, gelap dan seram. Errrrgh. Menakutkan. Dah la lalu sebelah KUBUR. Power tak ? Nape sebelum ni aku tak pernah cerita ? Sebab aku baru tahu. (Lembap punya pasal). Dulu ape aku tau, asal balik je aku pikir nak sampai rumah, nak makan. Tapi, baru2 ni baru je sedar yang tu tu tu tu kubur. Tapi tak la besar sangat. Tapi tak kecik la. Boleh imagine tak ??

Alhamdulillah sampai rumah dengan selamat.
Malangnya, esok tu sekolah. Gila tak tahan.
Bahagia gila tengok KATIL walaupun tak berkemas.

TIDUR.

I did somehow, ENJOY the TRIP. HAPPY :D